Profil seorang muslim

PROFIL PRIBADI MUSLIM

Al-Qur’an dan Sunnah merupakan dua pusaka Rasulullah (SAW) yang harus selalu dirujuk oleh
setiap muslim di dalam segala aspek kehidupan. Salah satu daripada aspek-aspek kehidupan yang
penting ialah pembentukan dan pengembangan peribadi muslim. Peribadi muslim yang
dikehendaki Al-Qur’an dan Sunnah adalah peribadi yang soleh. Peribadi muslim merangkumi
sikap, ucapan dan tindakan berlandaskan oleh nilai-nilai yang datang dari Allah (SWT).
Persepsi atau gambaran masyarakat tentang peribadi muslim memang berbeza-beza. Bahkan
banyak yang pemahamannya terlalu sempit sehingga seolah-olah peribadi muslim itu tercermin
pada orang yang hanya rajin menjalankan Islam dari aspek ubudiyah atau ibadah yang khusus
seperti solat, puasa, zakat dan haji. Padahal itu hanyalah satu aspek saja dan masih banyak aspekaspek
lain yang harus dihayati dan dimiliki oleh peribadi seorang muslim. Oleh itu, satu piawai
peribadi muslim yang berdasarkan Al Qur’an dan Sunnah merupakan sesuatu yang harus
dirumuskan, sehingga dapat menjadi acuan bagi pembentukan peribadi muslim.
Bila disederhanakan, setidaknya ada sepuluh sifat atau ciri khas yang mesti ada pada peribadi
muslim.
[1]. Salimul Aqidah (Aqidah yang bersih)
Salimul aqidah merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang
bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah (SWT). Dengan ikatan yang
kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan-ketentuan-Nya. Dengan kebersihan
dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah
sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan
matiku, semua bagi Allah tuhan semesta alam” (Al-an’aam:162). Karana aqidah yang salim
merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam awal da’wahnya kepada para sahabat di
Mekkah, Rasulullah (SAW) mengutamakan pembinaan aqidah, iman dan tauhid.
[2]. Shahihul Ibadah (Ibadah yang benar)
Apabila disebut ibadah di dalam Islam, ia tidak hanya tertumpu kepada ibadah khusus seperti
ibadat solat, puasa, zakat dan haji. Malah, ibadah di dalam Islam merangkumi segala urusan
hidup kerana ia bersesuaian dengan firman Allah (SWT) yang bermaksud: “Aku tidak
menjadikan jin dan manusia kecuali mereka beribadat kepadaKu (Az-Zariyat: 56). Adalah
menjadi kewajipan kita membetulkan niat yang ikhlas di dalam menjalankan setiap amalan harian
kita agar menepati firman Allah (SWT) tersebut dan memastikan amalan-amalan tersebut tidak
bertentangan dengan ajaran Rasulullah (SAW).
Shahihul ibadah merupakan salah satu perintah Rasulullah (SAW) yang penting. Dalam satu
hadisnya, beliau bersabda yang bermaksud: “Solatlah kamu sebagaimana melihat aku solat”. Dari
ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahawa dalam melaksanakan setiap peribadatan haruslah
merujuk kepada sunnah Rasulullah (SAW) yang bererti tidak boleh ada unsur penambahan atau
pengurangan.
[3]. Matinul Khuluq (Akhlak yang kukuh)
Matinul khuluq merupakan sikap dan perilaku yang harus dimiliki oleh setiap muslim, baik dalam
hubungannya kepada Allah maupun dengan makhluk-makhluk-Nya. Dengan akhlak yang mulia,
manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia dan di akhirat. Karana begitu penting
memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia, maka Rasulullah (SAW) diutus untuk
memperbaiki akhlak dan beliau sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaknya yang agung
sehingga diabadikan oleh Allah (SWT) di dalam Al Qur’an. Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kamu benar-benar memiliki akhlak yang agung” (Al-Qalam: 4).
[4]. Qowiyyul Jismi (Kekuatan jasmani)
Qowiyyul jismi merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani
bererti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam
secara optimal dengan fizikalnya yang kuat. Solat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di
dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fizikal yang sihat dan kuat. Apalagi berjihad di
jalan Allah dan bentuk-bentuk perjuangan yang lainnya.
Oleh kerana itu, kesihatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan
dari penyakit jauh lebih utama daripada pengubatan. Meskipun demikian, sakit tetap kita anggap
sebagai sesuatu yang wajar bila hal itu kadang-kadang terjadi. Namun jangan sampai seorang
muslim bersakit-sakitan. Kerana kekuatan jasmani juga termasuk hal yang penting, maka
Rasulullah (SAW) bersabda yang bermaksud: “Mukmin yang kuat lebih aku cintai daripada
mukmin yang lemah (HR. Muslim)
[5]. Mutsaqqoful Fikri (intelek dalam berfikir)
Mutsaqqoful fikri merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang juga penting. Kerana itu salah
satu sifat Rasul adalah fatonah (cerdas). Al Qur’an juga banyak mengungkap ayat-ayat yang
merangsang manusia untuk berfikir, misalnya firman Allah yang bermaksud: “Mereka bertanya
kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: ” pada keduanya itu terdapat dosa besar dan
beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya”. Dan mereka
bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: “Yang lebih dari keperluan”.
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir” (Al-Baqarah:
219)
Di dalam Islam, tidak ada satupun perbuatan yang harus kita lakukan, kecuali harus dimulai
dengan aktiviti berfikir. Kerananya seorang muslim harus memiliki wawasan keislaman dan
keilmuan yang luas. Bayangkan, betapa bahayanya suatu perbuatan tanpa mendapatkan
pertimbangan pemikiran secara matang terlebih dahulu.
Oleh kerana itu Allah mempertanyakan kepada kita tentang tingkatan intelektual seseorang,
sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Katakanlah: “samakah orang yang mengetahui
dengan orang yang tidak mengetahui?”‘, sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat
menerima pelajaran”. (Az-Zumar: 9)
[6]. Mujahadatul Linafsihi (Berjuang melawan hawa nafsu)
Mujahadatul linafsihi merupakan salah satu keperibadian yang harus ada pada diri seorang
muslim kerana setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk.
Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk amat menuntut
adanya kesungguhan. Kesungguhan itu akan ada manakala seseorang berjuang dalam melawan
hawa nafsu. Hawa nafsu yang ada pada setiap diri manusia harus diupayakan tunduk pada ajaran
Islam. Rasulullah (SAW) bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang dari kamu
sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran Islam)” (HR.
Hakim)
[7]. Harishun Ala Waqtihi (Pandai menjaga masa)
Harishun ala waqtihi merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini kerana waktu mendapat
perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah (SWT) banyak bersumpah di dalam
Al Qur’an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan
seterusnya.
Allah (SWT) memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama, yakni 24 jam sehari
semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia yang
rugi. Kerana itu tepatlah sebuah peribahasa yang menyatakan: “Lebih baik kehilangan jam
daripada kehilangan waktu”. Waktu merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah
kembali lagi.
Oleh kerana itu setiap muslim amat dituntut untuk pandai mengelola waktunya dengan baik
sehingga waktu berlalu dengan penggunaan yang efektif, tak ada yang sia-sia. Maka diantara
yang ditegur oleh Nabi (SAW) adalah memanfaatkan momentum lima perkara sebelum datang
lima perkara, yakni waktu hidup sebelum mati, sihat sebelum datang sakit, muda sebelum tua,
lapang sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin. Hadis tersebut diriwayatkan Imam Hakim dalam
kitab al-Mustadrak.
[8]. Munazhzhamun fi Syuunihi (Bersistematik dalam menjalankan sesuatu urusan)
Munazhzhaman fi syuunihi termasuk keperibadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al
Qur’an maupun Sunnah. Oleh kerana itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah
ubudiyah maupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu
urusan ditangani secara bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama dengan baik sehingga
Allah menjadi cinta kepadanya.
Dengan kata lain, suatu urusan mesti dikerjakan secara profesional. Apapun yang dikerjakan,
profesionalisme selalu diperhatikan. Bersungguh-sungguh, bersemangat, berkorban,
berkelanjutan dan berdasarkan ilmu pengetahuan merupakan hal-hal yang mesti mendapat
perhatian serius dalam penunaian tugas-tugas yang diamanahkan.
[9]. Qodirun Alal Kasbi (Memiliki kemampuan usaha sendiri/mandiri)
Qodirun alal kasbi merupakan ciri lain yang harus ada pada diri seorang muslim. Ini merupakan
sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya baru
boleh dilaksanakan manakala seseorang memiliki kemandirian terutama dari segi ekonomi. Tak
sedikit seseorang mengorbankan prinsip yang telah dianutnya kerana tidak memiliki kemandirian
dari segi ekonomi.
Kerana peribadi muslim tidaklah mesti miskin, seorang muslim boleh saja kaya bahkan memang
harus kaya agar dia boleh menunaikan ibadah haji dan umroh, zakat, infaq, shadaqah dan
mempersiapkan masa depan yang baik. Oleh kerana itu perintah mencari nafkah amat banyak di
dalam Al Qur’an maupun hadis dan hal itu memiliki keutamaan yang sangat tinggi.
Dalam kaitan menciptakan kemandirian inilah seorang muslim amat dituntut memiliki keahlian
apa saja yang baik. Keahliannya itu menjadi sebab baginya mendapat rizeki daripada Allah
(SWT). Rezeki yang telah Allah sediakan harus diambil dan untuk mengambilnya diperlukan
kepakaran atau ketrampilan.
[10]. Nafi’un Lighoirihi (Bermanfaat kepada orang lain)
Nafi’un lighoirihi merupakan sebuah tuntutan kepada setiap muslim. Manfaat yang dimaksud
tentu saja manfaat yang baik sehingga dimanapun dia berada, orang disekitarnya merasakan
keberadaannya. Jangan sampai keberadaan seorang muslim tidak menggenapkan dan
ketiadaannya tidak mengganjilkan.
Ini berarti setiap muslim itu harus selalu berfikir, mempersiapkan dirinya dan berupaya
semaksima mungkin untuk bermanfaat dan berperanan dengan baik dalam masyarakatnya. Di
dalam hal ini, Rasulullah (SAW) bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia adalah yang
paling bermanfaat bagi orang lain” (HR. Qudhy dari Jabir). Demikian secara umum profil seorang
muslim yang disebutkan dalam Al Qur’an dan sunnah. Sesuatu yang perlu kita hayati dan
amalkan pada diri kita masing-masing
PROFIL PERIBADI MUSLIM
1. Salimul Aqidah (Aqidah Yang Bersih)
2. Sahihul Ibadah (Ibadah Yang Benar)
3. Matinul Khuluq (Akhlak Yang Kukuh)
4. Qowiyyul Jismi (Kekuatan Jasmani)
5. Mutsaqqoful Fikri (Intelek Dalam Berfikir)
6. Mujahadatul Linafsihi (Berjuang Melawan Hawa Nafsu)
7. Harishun Ala Waqtihi (Pandai Menjaga Masa)
8. Munazhzhamun Fi Syuunihi (Teratur Dalam Sesuatu Urusan)
9. Qadirun Alal Kasbi (Memiliki Kemampuan Usaha Sendiri)
10.Nafi un Liqoirihi (Bermanfaat Kepada Orang Lain)

Posting oleh: Duljani alumni 2001
Disarikan dari:
Profil Pribadi Muslim _____________________________________________________
(Mustafa Masyhur, Jalan Dakwah, Pustaka Salam Kuala Lumpur, 1985, halaman 27- 28 dan 137-150)
http://www.imaamnet.org/modules.php?name=Sections&op=viewarticle&artid=41
Kompilasi dari http://abu-luqman.tripod.com

Satu Tanggapan

  1. terima kasih sharing info/ilmunya…
    saya membuat tulisan tentang “Benarkah Kita Hamba Allah?”
    silakan berkunjung ke:

    http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/09/benarkah-kita-hamba-allah-1-of-2.html
    (link di atas adalah tulisan ke-1 dr 2 buah link benarkah kita hamba Allah?)

    Apakah Allah juga mengakui bahwa kita adalah hamba-Nya?

    salam,
    achmad faisol
    http://achmadfaisol.blogspot.com/

Tinggalkan Balasan